|
Ditulis oleh Admin
|
|
Sabtu, 18 Mei 2013 16:49 |
|
Perak 1 - 3 Terengganu
Dengan ketiadaan beberapa tonggak utama, ternyata skuad Seladang tempang sepanjang perlawanan malam tadi ketika menentang Terengganu. Ditambah dengan ketiadaan dua pemain import akibat digantung perlawanan seharusnya tidak menjadi alasan prestasi Perak terus merudum dibelasah dihalangan sendiri. Aksi pemain skuad Presiden yang dipinjamkan juga longlai, walau terdapat beberapa hantaran bahaya ditujukan ke gawang Sang Penyu.
Liga Super akan kembali bersambung 22 Jun 2013 ini.
|
|
Ditulis oleh seansan
|
|
Isnin, 06 Mei 2013 13:31 |
|
Perak vs Negeri Sembilan
Stadium Perak, Ipoh 7 Mei 2013 8.45 malam
Untuk kali pertamanya pada musim ini, Perak kembali untuk beraksi di Stadium keramat di Ipoh setelah proses menaiktaraf dijalankan. Dengan kecerahan hampir 2500 Lux, ia merupakan stadium yang paling terang dalam sistem pengcahayaan dalam negara kita Malaysia. Kelab Seladang dengan ini menyeru akan semua penyokong kembali esok untuk bersama menyokong pasukan kesayangan kita ini.
|
|
Ditulis oleh seansan
|
|
Khamis, 25 April 2013 11:22 |
|
PERAK vs JOHOR DT 27 April 2013 Stadium TLDM Lumut 8.45 malam
Selepas MBI tidak yakin dengan pemasangan lampu limpah baru dari Itali, PAFA sekali lagi menuruti kehendak MBI yang tidak membenarkan lagi perlawanan diadakan di Stadium Perak di Ipoh. Maka sehubungan dengan itu perlawanan menentang Johor Darul Takzim akan diadakan di Stadium TLDM Lumut seperti biasa.
Kelab Seladang seperti biasa akan menganjurkan rombongan solo dari Ipoh ke Lumut bagi memastikan penyokong tegar terus bersama pasukan Perak walau dimana berada. Maklumat rombongan adalah seperti berikut:
Waktu berkumpul di GrandStand Stadium Perak adalah jam 4.30 petang. (5pm bas gerak)
Ahli Seumur Hidup: RM5
Ahli Biasa : RM10
Bukan Ahli : RM15
Tiket Masuk Stadium disediakan wakil kami didalam bas: RM10
Sila hubungi wakil kali segera kerana "hot seat"
En. Razlan: 0195754230
Ustaz Safwan: 0194479613
Kejor Yob Kejor! Luaskan Tempat Duduk Anda Di Dalam Bas!
|
|
Ditulis oleh seansan
|
|
Isnin, 08 April 2013 14:04 |
|
8 April 2013 - Ipoh, PAFA telah mengadakan sidang media untuk memaklumkan beberapa agenda terutama status naiktaraf lampu limpah Stadium Perak di Ipoh.

Presiden Kelab Seladang turut dibawa melawat lampu limpah yang sedang dinaiktaraf.
antara agenda sidang media adalah:
1. 26 APril.Pegawai FAM akan datang untuk menguji lampu limpah baru stadium perak 2. Poulo Rangel Sah Menjadi pemain import perak menggantikan Karim Rouni 3. Marshall Soper Dilantik menjadi jurulatih Akademi Bolasepak PAFA
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Seterusnya > Tamat >>
|
|
JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL |